Sejarah Liga Premier Malaysia

Pertandingan bola sepak telah wujud dan bertapak di Malaysia sejak lahirnya kejohanan Piala Malaysia pada tahun 1921. Pertandingan bola sepak secara liga pula hanya bermula apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menukar format Piala Malaysia pada tahun 1979 dengan mewujudkan peringkat liga satu pusingan sebagai kelayakan ke peringkat kalah-mati Piala Malaysia pada tahun berkenaan. Juara Liga Malaysia hanya mula diiktiraf mulai tahun 1982 apabila piala pusingan liga telah diperkenalkan. Semenjak itu, pertandingan liga bola sepak telah terus diadakan di Malaysia sehingga kini.

Liga Premier Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2004. Liga tahap kedua bermula di Malaysia sejak 1989 selepas penubuhan Liga Bola Sepak Semi-Pro Malaysia Bahagian 2 yang dipertandingkan sehingga tahun 1993 sebelum Liga Semi-Pro ini digantikan dengan penubuhan liga bola sepak profesional yang pertama di Malaysia iaitu Liga Perdana. Liga tahap dua kemudiannya dipertandingkan semula apabila Liga Perdana dibahagikan kepada dua di mana Liga Perdana 2 telah diwujudkan. Liga Perdana 2 kemudian telah digantikan dengan kewujudan Liga Premier Malaysia pada tahun 2004 seiring dengan kewujudan Liga Super Malaysia pada ketika itu.

Nama Liga

MusimNama
1989 - 1993Liga Semi-Pro Divisyen 2
1998 - 2003Liga Perdana 2
2004 -Liga Premier Malaysia

Jumlah Pasukan

Jadual di bawah adalah jumlah penyertaan pasukan ke liga tahap kedua di Malaysia sejak diperkenalkan pada tahun 1989-1993, 1998-2003 dan 2004-kini.

MusimJumlah Pasukan
1989-19988 pasukan
1999-200010 pasukan
2001-200312 pasukan
200418 pasukan
2005-200616 pasukan
200711 pasukan
200813 pasukan
200914 pasukan
2010-kini12 pasukan

Penajaan

MusimPenajaPenjenamaan Liga
2004DunhillDunhill Liga Premier Malaysia
2005–10TMTM Liga Premier Malaysia
2011-Liga Premier Malaysia
2012–14AstroAstro Liga Premier Malaysia
2015-Liga Premier Malaysia
2016–18100PLUS100PLUS Liga Premier Malaysia
2019–20-Liga Premier Malaysia